Tuesday, December 13, 2011

tortura.

sebelum tidor, aku harus laa update blog ni pasal pameran dekat muzium seremban yang aku baru je pergi petang tadi dengan hanif. pameran tu mengisahkan tentang peralatan menyeksa dari zaman dulu kala. majoriti barang seksaan tu dari zaman pertengahan eropah.

dengan kepenatan aku baru sampai dari JB, aku terus ke Muzium Negeri Sembilan dekat Seremban. dekat je dengan terminal 1 tu. Pameran tu dibuka dari pukul 10 pagi sampai 6petang. akan berada dekat muzium tu sampai 17 feb 2012. ada bayaran dikenakan. tapi takdelaa mahal sangat. setakat rm6 untuk orang dewasa and rm3 untuk kanakkanak tak luak mana kan.

masuk2 pameran tu dah nampak orang pakai jubah hitam tutup muka macam grim ripper. memang grim ripper pun benda tu sebab dye berdiri dekat tempat hukuman pancung tu. dah laa lighting dye buat kelam je. bertambah misterinye. dah tu background music dye pun macam saje je nak bagi bulu roma naik. dah aku kat dalam tu jalan dengan berhatihati takut patungpatung kat situ tetiba bergerak then seksa aku.

majoriti barang kat situ barang yang betul2 pernah digunakan untuk seksaan kot waktu dulu. boleh nampak kot karat dye, kesan darah dye. memang aku tak sentuh laa benda2 tu walaupun biasanye aku akan denga selamba and nakalnye pegang and mainmain dengan benda tu. tapi disebabkan ketakutan dan keseraman benda2 tu aku tak berani nak sentuh pun.

gambar tak dapat nak disertakan sebab fon aku memang baik hati untuk mematikan diri dan menghabiskan baterinye plak pada hari ni. padahal semalam dah charge. dah satu kerja, kesian hanif sampai hilang sim card sebab tuka fon dengan aku. tapi bukan salah aku. ok.

so kesimpulannye, lepas ni kalau ada apaapa aktiviti dekat muzium datang laa dan berikan sokongan. best gak pe pergi muzium, sampai cramp kaki hanif terlanggar tangga dekat muzium tu. :D

No comments: