Tuesday, December 20, 2011

cuti semester

sekarang adalah cuti semester sehinnga 3 januari nanti. waktu tu dah start register untuk semester baru and mula masuk kelas baru. but for now, enjoy the holiday I must. tapi macam mana nak enjoy kalau 24 hours duduk dalam rumah terperap. malam berjaga siang tidur. sabtu ahad pun tak tentu lagi mak bapak aku nak bawak keluar jalan2. tu laa sebabnye aku prefer duduk kat college daripada rumah.

tapi kan, ada gak bestnye duduk rumah ni.

  1. ibu dengan ayah ada. walaupun jumpa malam je. tapi cukup laa kot masa nak gaduh2 dengan ibu, nak borak2 dengan ayah. 
  2. takperlu keluar duit untuk makan, tak macam college, nak makan je nak kena keluarkan duit.kat rumah pun namanya, of course laa guna duit ibu and ayah. nak makan mewah sikit pun mintak aje. macam mana aku nak makan ice cream magnum. tiap2 malam aku annoy mak aku sampai mak aku belikan. 
  3. katil bapak best. yelaa kat college single bed dengan tilam macam tilam dari penjara. tapi kat rumah katil queen size dan tilam yang sumpah springy. kalau tidur memang aku boleh hibernasi laa.
  4. line internet stabil. tak perlu nak login bagai walaupun kelajuannya hanya laju sikit je daripada dekat college sana tu. 
  5. makanan ada sahaja. bukak peti ais ada nugget, atas peti ais ada keropok. geledah sikit almari jumpa jajan. atas meja ada kuih. memang makan adalah agenda untama aku dekat rumah ni. tu yang dalam masa 2 minggu aku dah naik 2kg. lagi 2 minggu aku cuti naik lagi laa 2kg. lepas ni takde sapa boleh halang aku dari derma darah. tu pun motif aku berusaha menaikkan berat badan. tapi nanti balik college susut balik laa berat aku ni sebab pemakanan yang tidak mencukupi.

yang tak bestnye cuti ni;


  1. siang2 aku home alone. duduk rumah sensorang. ibu n ayah pergi keja. adik entah merayau mana. so laptop dengan tv laa kawan baik aku. sama je macam kat college except kat college boring2 boleh je aku merantau ke rumah kawan. so takde laa boring mana.
  2. nak pergi mana2 pun nak kena bagitau ibu n ayah. dah tu belum tentu dyorang nak izinkan. tu pun kalau ada kawan laa nak teman aku pergi mana2. aku kurang kot kawan untuk tujuan berjalan kat JB ni. kalau kat college, kawan2 aku tu asal boleh je. takde duit pun boleh berjalan kemana2 tah. 

maka tahulaa korang macam mana aku menghabiskan cuti sem aku. BORING kan. any idea to cheer up my semester break?

No comments: