Wednesday, November 30, 2011

welcome back Aaina

aku pernah cakap dekat seseorang ni untuk mula tulis blog balik lepas aku siapkan assignment mathematics 2 aku. dah lama pun siap benda tu cuma tangguh punya tangguh, hari ni baru terasa nak menaip perkataan ke dalam blog post ni. lama gak lah kan aku dah tak update blog ni. so I guest I'm gonna update a lil bit about my life now.

sekarang dah nak habis pun semester pertama untuk tahun pertama degree aku. kelas dah habis, assignment dah hantar, presentation dah buat. so esok aku akan bergerak balik ke bumi JB tercinta untuk study week aku. harap-harap study laa kan kat rumah tu.

last weekends, aku ikut kak ila balik melaka untuk pergi kak farah punye wedding. rumah kak ila memang best sebab dekat kampung. kecoh nak mati sebab kenduri kahwin orang melaka. siapa je tak tahu yang orang melaka ni memang kepoh kan. sampai pening kepala kitorang kat situ.

sampai-sampai je kat rumah tu makan then terus kena buat keja, takde hal laa. nama pun kenduri kahwin so banyak laa keja yang nak dibuatnyekan. yang tak boleh nak blah ye malam tu kecoh sebab ada seekor burung murai batu masuk dalam rumah tu tak mahu keluar-keluar. penat semua orang halau tak jumpa gak jalan keluar. last last esoknye aku gak yang berjaya sergah burung tu sampai keluar. terror tak aku? hahaha.

yang lagi bestnye malam tu aku dengan faris sembunyi sembunyi makan durian. last last kantoi sebab diorang datang dekat tempat yang kitorang tengah makan tu. yelaa, durian tu sebiji je kot, mana nak share reramai. memang tak puas laa makan kan. dah tu esoknya dapat lak makan rambutan. manis sangat doe. tu yang best duk kampung tu.

tapikan, aku tak rasa aku akan petah laa nak duduk kampung lama lama. kalau setakat seminggu boleh, tapi sampai sebulan memang mati kutu aku dibuatnye kat kampung tu. jiwa aku tetap gak nak duduk dekat taman. tak mau cakap bandar nanti orang cakap perasan sangat. hahaha.

bawah ni adalah koleksi gambar gambar kitorang yang aku tangkap.



pengantinnye. kak farah. lawa kan?
tapi kalau aku, aku tak mahu laa make up setebaltebal alam macam mana yan mak anda ni make up kan kak farah. so not my style man.
petanda untuk masuk ke rumah pengantin yang kitorang nak gantung. kat bawah tu actually ada arrow yang tunjuk kat arah aku. tapi photographernye tak berapa nak pandai nak amik gambar sampai nampak arrow tu. kereta sempit kot. owh budak tu namanye amin, adik angkat kak farah.



yang ni suasana kitorang dalam bas nak balik melaka.



mamat ni, faris, adik kak ila. orang yang selalu bawak aku rempit keliling kampung. padahal pergi kedai dekat pekan tu je pun, still gak aku nak ikut. bukan selalu pun aku dapat naik motor, jalan jalan kampung. so gunakan laa peluang itu dengan seadanye.