Sunday, December 25, 2011

enam kedai

6 kedai buku tau tak aku dah pergi sejak aku tahu novel yang aku tunggu2 dari akhir tahun lepas dah keluar. mula2 pergi dekat kedai buku dekat dalam giant nilai, tak ada. pergi popular dekat 9avenue, tak ada gak. pergi popular dan mph dekat jusco seremban 2, masih gak tak ada. balik jb pulak pergi harris, dengan kekecewaan aku keluar kerana tak ada gak novel tu. dan akhirnye aku pergi ke Badan Cemerlang bookstore dekat Angsana tu. Fiksyen 302 dapat juga aku miliki.

setelah penat lelah aku harungi mencari buku itu, nak kata berhabis duit takdelah berhabis mana, tapi guna gak laa. kepuasan itu milik aku jua. syukur alhamdulillah, terima kasih ibu sebab sponsor beli buku tu, ayah sebab bawak aku pergi angsana, hanif jadi driver aku ke giant dan jusco seremban 2, kawan2 yang memberi sokongan serta ramian yang buat aku tak berputus asa untuk mencari gak novel itu. ceyh macam dapat award je.

pa pe je, aku nak mulakan pengembaraan ke dunia aku bersama watak2 dalam Fiksyen 302 ni.

Wednesday, December 21, 2011

post title

ibu mencadangkan bahawa bagi menghilangkan kebosanan aku dekat rumah, aku patut masak. tapi aku balik rumah ni aku nak makan masakan ibu. so aku takkan masak lauk tapi aku akan masak dessert. hari tu pun aku try masak strawberry bread pudding, kali ni aku nak buat pudding gak tapi chocolate bread pudding. sebab aku suka chocolate ok. 


aku ubah suai sikit resepi dye mengikut apa yang aku ada laa kan. 



  • 4cawan susu
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 8tbs mentega 
  • 350g cooking chocolate or chocolate chip.
  • 1tbs vanilla essence
  • 1buku roti. buang kerak dye

cara2 dye

  • pukul telur dengan gula dalam periuk sampai kembang.
  • tambah mentega dengan cokelat. panaskan dan gaul sampai cair
  • tambah vanilla essence
  • sapukan mentega dekat tepi loyang supaya puding tak melekat dekat loyang.
  • susun roti2 tu dan tuangkan aduan ke dalam loyang. biarkan sampai roti serap aduan tu.
  • panaskan oven pada suhu 160 °C. bakar puding tu selama 40-45 minit. 
  • hidangkan laa dengan apa pun. boleh makan waktu panas2 or bila dah sejuk.

 first try yang tak berapa nak menjadi. maybe sebab cokelat tu tak cair betul kot tu yang aduan dye tak diserap dengan betul oleh rotinye. then aku makan dengan strawberry jem. 

Tuesday, December 20, 2011

cuti semester

sekarang adalah cuti semester sehinnga 3 januari nanti. waktu tu dah start register untuk semester baru and mula masuk kelas baru. but for now, enjoy the holiday I must. tapi macam mana nak enjoy kalau 24 hours duduk dalam rumah terperap. malam berjaga siang tidur. sabtu ahad pun tak tentu lagi mak bapak aku nak bawak keluar jalan2. tu laa sebabnye aku prefer duduk kat college daripada rumah.

tapi kan, ada gak bestnye duduk rumah ni.

  1. ibu dengan ayah ada. walaupun jumpa malam je. tapi cukup laa kot masa nak gaduh2 dengan ibu, nak borak2 dengan ayah. 
  2. takperlu keluar duit untuk makan, tak macam college, nak makan je nak kena keluarkan duit.kat rumah pun namanya, of course laa guna duit ibu and ayah. nak makan mewah sikit pun mintak aje. macam mana aku nak makan ice cream magnum. tiap2 malam aku annoy mak aku sampai mak aku belikan. 
  3. katil bapak best. yelaa kat college single bed dengan tilam macam tilam dari penjara. tapi kat rumah katil queen size dan tilam yang sumpah springy. kalau tidur memang aku boleh hibernasi laa.
  4. line internet stabil. tak perlu nak login bagai walaupun kelajuannya hanya laju sikit je daripada dekat college sana tu. 
  5. makanan ada sahaja. bukak peti ais ada nugget, atas peti ais ada keropok. geledah sikit almari jumpa jajan. atas meja ada kuih. memang makan adalah agenda untama aku dekat rumah ni. tu yang dalam masa 2 minggu aku dah naik 2kg. lagi 2 minggu aku cuti naik lagi laa 2kg. lepas ni takde sapa boleh halang aku dari derma darah. tu pun motif aku berusaha menaikkan berat badan. tapi nanti balik college susut balik laa berat aku ni sebab pemakanan yang tidak mencukupi.

yang tak bestnye cuti ni;


  1. siang2 aku home alone. duduk rumah sensorang. ibu n ayah pergi keja. adik entah merayau mana. so laptop dengan tv laa kawan baik aku. sama je macam kat college except kat college boring2 boleh je aku merantau ke rumah kawan. so takde laa boring mana.
  2. nak pergi mana2 pun nak kena bagitau ibu n ayah. dah tu belum tentu dyorang nak izinkan. tu pun kalau ada kawan laa nak teman aku pergi mana2. aku kurang kot kawan untuk tujuan berjalan kat JB ni. kalau kat college, kawan2 aku tu asal boleh je. takde duit pun boleh berjalan kemana2 tah. 

maka tahulaa korang macam mana aku menghabiskan cuti sem aku. BORING kan. any idea to cheer up my semester break?

Saturday, December 17, 2011

bodek.

bodek, semua orang pernah bodek dan kena bodek. apa tu bodek. bodek tu mengampu seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu. aku sekarang tengah cuti sem. so cuti kat JB laa. JPO baru dirasmikan. banyak kedai2 kat situ mesti laa tengah buat sale, dengan year end sale lagi. 

maka dengan ini aku menjalankan misi untuk membodek ibu aku supaya bawak aku pergi situ and belikan barang2 yang aku nak. pergi situ memang dah confirm cuma tunggu ayah sehat je. tapi nak beli barang yang aku nak tu yang tak pasti kesahihannye. 

untuk mengambil hati ibu tercinta merangkap bank negara, aku pun jadi laa anak yang baik dengan selalu urut2kan kaki dye dan apa2 jelaa. tapi kali ni extra skit sebab aku nak buat puding. tengah terasa nak makan puding plak tu. 

waktu dekat college hari tu aku dengan fea pernah try buat bread strawberry pudding, makannye dengan ice cream. sedap jugak laa. bagi kawan2 aku makan sampai aku dengan fea dapat sikit je. 

berikut adalah resepinya;

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 2 sudu besar butter,dicairkan
  • 7-8 keping roti wholemeal,dikoyak menjadi keping2 kecil
  • fresh strawberry (ikut banyak mana yg korang nak)
  • 3 biji telur
  • 1 1/4 cawan susu segar
  • 1 tin susu ideal
  • 1/4 cawan jem strawberi
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. Panaskan oven ke suhu 160 darjah celsius.
  2. sapu loyang dengan butter cair pada bahagian bawah dan tepinya
  3. Taburkan roti bersama2 dengan strawberi kedalam loyang.
  4. Dalam mangkuk,pukul telur,susu ideal,jem strawberi,gula,susu,esen vanilla sehingga bebuih
  5. masak skejap kat atas dapur. just nak make sure gula n telur tuh dah betul2 hancur n sebati. jgn biar mendidih. agak2 da sebati semua, tutup api.
  6. Tuangkan campuran ni ke atas roti dan tekan sedikit dengan sudu supaya roti menyerap kuah tu. biarkan 5 minit, bg roti tu kembang.
  7. then baru masukkan dalam oven n masak lebih kurang 40-45 mins. sy sarankan, 30 minit pertama tu tak payah gatai2 tgn bukak tutup oven. biar je. after that baru la tgk2 skit. coz takut pudding tu kecut. aha.
hasil kitorang hari tu. 

resepi didapati daripada fatinsuhana.blogspot.com

doakan usaha membodek ini berjaya. banyak benda yang aku nak pau mak aku ni. :)

Thursday, December 15, 2011

kipas-susah-mati.

kipas susah mati atau dalam bahasa jawanye die hard fan. itulah aku. aku ni kipas susah mati ramlee awang murshid. novelis thriller no1 malaysia. gaya penulisan dye memang best. cinta bukanlaa topik utama dalam novelnye walaupun ada gak laa sikit2 diterapkan dalamnye. watak dia realistik, mamat kerja kedai shushi pun boleh jadi hero tau. dan heroin dye tauke kedai tu dan juga anak yakuza terkenal. haha sape tau cerita apa ni?

sekarang ni aku tengah menggila nak cari novel baru dye. fiksyen 302. dah dipasarkan tapi tak ada lagi di kedai buku yang aku pergi. lambat betul laa. ahli2 kelabram yang lain ada yang dah baca. ni yang jeles ni. dyorang kata boleh beli secara online di website kelab, tapi duit dalam bank tak ada pulak, macam mana nak order meyh. lagipun kalau beli secara online dapat yang ada tandatangan penulis kesayangan kitorang tu.

tolong laa aku dapatkan novel itu. sumpah aku nak sangat2. nak menghabiskan masa cuti sem aku ni walaupun satu malam je pun aku boleh habis kan baca buku tu.

Tuesday, December 13, 2011

tortura.

sebelum tidor, aku harus laa update blog ni pasal pameran dekat muzium seremban yang aku baru je pergi petang tadi dengan hanif. pameran tu mengisahkan tentang peralatan menyeksa dari zaman dulu kala. majoriti barang seksaan tu dari zaman pertengahan eropah.

dengan kepenatan aku baru sampai dari JB, aku terus ke Muzium Negeri Sembilan dekat Seremban. dekat je dengan terminal 1 tu. Pameran tu dibuka dari pukul 10 pagi sampai 6petang. akan berada dekat muzium tu sampai 17 feb 2012. ada bayaran dikenakan. tapi takdelaa mahal sangat. setakat rm6 untuk orang dewasa and rm3 untuk kanakkanak tak luak mana kan.

masuk2 pameran tu dah nampak orang pakai jubah hitam tutup muka macam grim ripper. memang grim ripper pun benda tu sebab dye berdiri dekat tempat hukuman pancung tu. dah laa lighting dye buat kelam je. bertambah misterinye. dah tu background music dye pun macam saje je nak bagi bulu roma naik. dah aku kat dalam tu jalan dengan berhatihati takut patungpatung kat situ tetiba bergerak then seksa aku.

majoriti barang kat situ barang yang betul2 pernah digunakan untuk seksaan kot waktu dulu. boleh nampak kot karat dye, kesan darah dye. memang aku tak sentuh laa benda2 tu walaupun biasanye aku akan denga selamba and nakalnye pegang and mainmain dengan benda tu. tapi disebabkan ketakutan dan keseraman benda2 tu aku tak berani nak sentuh pun.

gambar tak dapat nak disertakan sebab fon aku memang baik hati untuk mematikan diri dan menghabiskan baterinye plak pada hari ni. padahal semalam dah charge. dah satu kerja, kesian hanif sampai hilang sim card sebab tuka fon dengan aku. tapi bukan salah aku. ok.

so kesimpulannye, lepas ni kalau ada apaapa aktiviti dekat muzium datang laa dan berikan sokongan. best gak pe pergi muzium, sampai cramp kaki hanif terlanggar tangga dekat muzium tu. :D

Wednesday, December 07, 2011

rindu



aku rindu budak atas ni. walaupun dah setahun kau pergi. aku pun dah gantikan kau dengan 2 ekor budak kat bawah tu serta anak2 mereka. aku still rindu betty aku. binatang peliharaan pertama yang aku bela.

betty ni dulu bukan je hamster aku. dah macam anak aku. drug aku. complecated tu. terlalu attach dengan dye. bila teringat kat dye macam hari ni, mula laa rasa emo je. hingus nak meleleh. putus cinta pun aku tak macam ni kot. waktu putus dengan ex aku dulu tipu laa cakap tak nangis. tapi bile teringatkan dye sekarang ni. takde perasaan dah nak nangis. tapi bile teringat kan betty seekor ni, masih menitik lagi air mata aku.

kiki, tora and anak2. sorry tak manjakan korang macam aku manjakan betty sebab aku taknak terlalu attach dengan korang. then bila korang mati aku menangis macam apa lagi. taknak nangis sebab hamster lagi. what a silly me.

Tuesday, December 06, 2011

ombak rindu.

semua orang tengah cakap pasal movie tu. sebelum keluar sampai 4 hari lepas keluar. sekarang katanye dah kutip RM4juta. kire berjaya gak laa movie tu. aku tetiba nak cakap pasal ombak rindu ni sebab aku baru balikk tengok cerita tu.

macam mana aku boleh berminat plak nak tengok cerita melayu ni sebab aku dah baca novel dye few years back kot. sampai tak ingat bila aku baca. siap baca sambungan dye. korang tau tak ada sambungan dye? aku tak ingat tajuk dye. yang aku baca and I kinda like the story. susah kot aku nak minat novel cinta ni. nak baca pun agak susah. the only novel yang aku baca adalah novel karangan Ramlee Awang Murshid, sebab dye bergenre thriller. tapi Ombak rindu ni exception. cerita dye memang best. tak dinafikan.

tapikan.. bile diadaptasikan jadi filem, aku boleh bagi 4bintang je. cerita dye memang nice. superb. tapi perjalanan cerita dye agak slow. benda tu yang buat aku rasa boring dalam wayang tu. pelakon dye memang pandai berlakon. peluk2 berkemban, menangis, memang takde hallaa bagi dyorang. dah biasa. kena professional katanye.

kalau laa aku jadi bini Aaron Aziz, aku jeles kot tengok dye peluk perempuan lain. takbolehtakboleh. AKUSAHAJA okay yang boleh peluk laki aku. aku takkan redha or pasrah macam izah. kesimpulannye, cari suami yang takberapa hensem supaya aku takdelah ramai sangat saingan. eh buat apa aku nak cari suami, biar dye yang cari aku.

akhir kata aku suka ayat mila dalam movie tadi, redha itu ikhlas, pasrah itu mengalah. Aku bukannye ingat sangat ayatnye. tapi lebih kurang macam tulaa bunyinye.

Thursday, December 01, 2011

adventure to JB

ceyh nak balik JB je kot. apa laa yang adventure nye sangat. setakat pergi seremban, beli tiket bas, naik bas, sampai JB. turun and ada orang amik balik rumah. kalau hari biasanye memang macam tu laa yang terjadi. tapi kali ni lain sikit walaupun sama je.

yang lain nye ada lah keadaan aku. hari khamis hari yang aku nak balik tu, boleh plak aku diserang oleh demam and cirit birit. hari2 sebelumnye taknak plak kena sakit apa2. sihat walafiat. hari yang nak balik JB tu plak belyh kena.

malam rabu tu elok jelaa aku dengan ain pergi pasar, balik makan. kemas barang skit then pergi rumah ain tolong dye buat assignment sikit. tapi lepas makan tu dah start dah sakit perutnye. ingat sikit jelaa, setakat masuk angin je kan. so aku pun sapu jelaa minyak panas. tapi malam makin lewat, suhu pun menurun, mulalaa badan ni rasa tak sedap. tapi aku ni agak pandai. dah tau sakit2 macam tu. berjaga sampai pukul 6 pagi berborak dengan mereka. lepas tu pagi2 yang sejuk tu jugak aku balik.

bangun2 badan sumpah lembik. bisa2 bagai. masuk tandas berkali2. ikut badan memang aku balik jumaat laa. tapi ikut hati yang sumpah rindu kan taman halaman aku kuatkan gak badan ni. mula2 dafi aku mintak tolong dafi hantar sampai seremban tapi dye tak dapat hantar sebab nak pergi tempat lain, so dye just hantar sampai bus stop depan tu je laa.

plan awalnye memang laa nak amik bas pergi seremban, tak sampai berapa minit tunggu ada teksi offer hantar sampai seremban and dye mintak rm5 je. mula2 macam tak percaya laa aku sebab biasanye teksi sampai seremban cost dalam rm20 kot. tapi kali ni dye just mintak 1/4 dari harga dye. duit pun waktu tu cukup2 je.

owh kesenangan dalam kesusahan. nak tunggu bas entah ada entah takde. nasib baik laa ada abang teksi yang baik hati tu menyenangkan kerja aku hari tu. dah sampai seremban, naik bas then pengsan sepanjang perjalanan sampai larkin adik amik. dah sampai rumah berjaga kejap then terus tido. betapa lembiknye badan aku hari tu. nasib baik laa takada apaapa yang terjadi kat aku hari tu.

lepas ni tak kira betapa sakit mana pun aku. selagi kaki boleh diri tegak, selagi tu aku akan balik.

Wednesday, November 30, 2011

welcome back Aaina

aku pernah cakap dekat seseorang ni untuk mula tulis blog balik lepas aku siapkan assignment mathematics 2 aku. dah lama pun siap benda tu cuma tangguh punya tangguh, hari ni baru terasa nak menaip perkataan ke dalam blog post ni. lama gak lah kan aku dah tak update blog ni. so I guest I'm gonna update a lil bit about my life now.

sekarang dah nak habis pun semester pertama untuk tahun pertama degree aku. kelas dah habis, assignment dah hantar, presentation dah buat. so esok aku akan bergerak balik ke bumi JB tercinta untuk study week aku. harap-harap study laa kan kat rumah tu.

last weekends, aku ikut kak ila balik melaka untuk pergi kak farah punye wedding. rumah kak ila memang best sebab dekat kampung. kecoh nak mati sebab kenduri kahwin orang melaka. siapa je tak tahu yang orang melaka ni memang kepoh kan. sampai pening kepala kitorang kat situ.

sampai-sampai je kat rumah tu makan then terus kena buat keja, takde hal laa. nama pun kenduri kahwin so banyak laa keja yang nak dibuatnyekan. yang tak boleh nak blah ye malam tu kecoh sebab ada seekor burung murai batu masuk dalam rumah tu tak mahu keluar-keluar. penat semua orang halau tak jumpa gak jalan keluar. last last esoknye aku gak yang berjaya sergah burung tu sampai keluar. terror tak aku? hahaha.

yang lagi bestnye malam tu aku dengan faris sembunyi sembunyi makan durian. last last kantoi sebab diorang datang dekat tempat yang kitorang tengah makan tu. yelaa, durian tu sebiji je kot, mana nak share reramai. memang tak puas laa makan kan. dah tu esoknya dapat lak makan rambutan. manis sangat doe. tu yang best duk kampung tu.

tapikan, aku tak rasa aku akan petah laa nak duduk kampung lama lama. kalau setakat seminggu boleh, tapi sampai sebulan memang mati kutu aku dibuatnye kat kampung tu. jiwa aku tetap gak nak duduk dekat taman. tak mau cakap bandar nanti orang cakap perasan sangat. hahaha.

bawah ni adalah koleksi gambar gambar kitorang yang aku tangkap.



pengantinnye. kak farah. lawa kan?
tapi kalau aku, aku tak mahu laa make up setebaltebal alam macam mana yan mak anda ni make up kan kak farah. so not my style man.
petanda untuk masuk ke rumah pengantin yang kitorang nak gantung. kat bawah tu actually ada arrow yang tunjuk kat arah aku. tapi photographernye tak berapa nak pandai nak amik gambar sampai nampak arrow tu. kereta sempit kot. owh budak tu namanye amin, adik angkat kak farah.



yang ni suasana kitorang dalam bas nak balik melaka.



mamat ni, faris, adik kak ila. orang yang selalu bawak aku rempit keliling kampung. padahal pergi kedai dekat pekan tu je pun, still gak aku nak ikut. bukan selalu pun aku dapat naik motor, jalan jalan kampung. so gunakan laa peluang itu dengan seadanye.




Thursday, August 18, 2011

s

the reason i'm here actually is i'm not suppose to be here. i'm suppose to be doing my assignment. but fuck that. i'll come back to that later. by far, this is THE hardest assignment I've ever get in my 18 years 11 month and few days of my life. i'm not 19 yet ok people. not until 2.10 pm of 14september. be sure to remember that date cause i'll demand my present from everyone of you. nothing much to say actually, just wasting my time and yours here.

p/s; you just wasted 30 second of your precious time reading this crap that i wrote. problem?? :D


Thursday, July 21, 2011

asal boleh je kau ni! ^_^

maybe aq lambat dpt lesen keta tp yang penting aq dh dapat. dh lulus test jpj mnggu lepas tnpa sebarang cubaan utk merasuah pegawai jpj tu supaya luluskan aq. prkara yang plg mnakutkan aq wktu test hari tu adlh bukit, sbb sama ada aq brek trlebih atau xckup brek n kdg2 tu trundur kblkg. tp nseb baik laa hari tu lpas dgn slamatnye.

dh tu proses n buat lsen 'p' aq tu amik masa smnggu. n hari slasa hari tu bru siap. mmndgkn dpt tau pun dh ptg, so aq pegi laa amik lsennye tu smlm. aq mntk tlg laa kwn baik aq bwk kn g sek mmndu tu sbb nk amik lsen.

xsmpi beberapa jam laa aq pgg lsen tu, aq dh brjln smpi ke seremban. drive sendiri maa. tp owner kereta tu ad laa dduk sblh aq. sbb aq bkn btul sgt pun. kang langgar pa pe, xnk aq brtnggjwb. sengkek laa aq. jauh jugak tu dr mantin nk pegi ke seremban 2.

tu bru ad lsen xde kereta tu. cuba bygkn bila aq dh ad kereta. pnjg doe lngkh. xlekat aq dkt college ni. ad je tmpt yg nk dtuju nye kang. tu yang mak aq xbg keta lg tu. lgpun mak aq tkut nk naik kereta dgn aq sbb belok aq cara kamikaze. 1st time bwak mak n bpak aq hari tu, dkt desaru, naik drah tinggi bpak aq nengok cara aq belok. hahaha. tp skrg dh sopan skit laa.
percaya laa. :)


Friday, July 08, 2011

happy birthday qat!



birthday girl. setelah dblg tepung n dmndikn dgn belon air







muka mngsa cream plg truk


p/s:birthday aq nnti, aq mntak belas kasihan korg jgn laa kena kn aq mcm ni ye. :)

Sunday, April 10, 2011

my wishful thinking

I wish that today never happens.
I wish when I wake up tomorrow and it just be a nightmare. But how can it be a nightmare when I'm not even sleeping?
I wish I can go back to that day and stop you from even thinking about it. Then all of these will never happen.
I wish all my wish to come true.

please tell me that you're just kidding.
please tell me you didn't mean what you were saying.
please don't leave me.

Thursday, April 07, 2011

rezeki ada di mana-mana sahaja

kan orang kata, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa pun tidak tahu. owh, itulah yang berlaku kepada kami bertiga tadi.

hari ni, ekin dan ain entah demam apa semangat nak jogging, maka di ajaknya aku untuk turut serta memandangkan aku memang selalu gak lah jogging keliling college ni. lagi pun hari ni hari khamis, hari cuti buat aku, so tak ada hal lah nak jogging di petang hari.

dah penat berjogging yang tak seberapa tu, sebab jalan je lebih. kitorang pun lepak lah dekat bawah pokok yang ada dekat simpang jalan tu.walaupun hujan, tapi kami tetap gak tak basah sebab pokok tu lebat kot.

lepas jogging kan, mesti lah haus. so kitorang pun ingat nak balik rumah lah. sekali otw nak balik ni, jalan lah sebelah kereta wira. tetiba ekin menjerit "korang nampak tak apa yang aku nampak?" hahah rupa-rupanya RM1 jatuh dari langit. memang rezeki kami laa. duit yang kitorang jumpa tu kitorang buat beli air. dah tu sambung lepak balik dekat bawah pokok tadi.

betul laa kata orang, rezeki ada di mana-mana sahaja. mungkin dekat sebelah kereta wira ke? kancil ke? lepas ni, jalan sebelah kereta wira nengok bawah ye kawan-kawan. mana tau jumpa duit kertas yang warna merah tu ke, hijau ke, biru pun tak pe laa. :)

Monday, April 04, 2011

kejakunan

bru igt nk update blog guna fon aq td wktu kt lrkin. tp ad mslh teknikal laa plak. huh. sengal!.
hee~

hari tukn.. bru lepas blik jb tau, lepas tu, ari sbtunye, ibu ajk tukang urut ni dtg uma urutkn bdn dye yg sengal2 mcm tuan dye gak. mula2 wktu tu dlm bilik tau. dgn laa ibu sendawa, kuat sgt!!. igt skit tau org tu urut. pastu kluar laa kjp nengok ibu, nengok cra dye urut mcm xskit je. lpas ibu abes urut tu, ibu tnye nk try x kena urut. hee~ dgn was2nnye ni terima pelawaan ibu.

wktu kena urut tu, bleyh plak an aq gelak bgi nk gila sbb bpak ar geli.. xskit pun. sumpah geli. lama skit lepas tu ketap bbr thn ketawa. lgpun tukang urut tu xbg ketawa, tkut urat ptus sbb dye tgh urut kt bhgian bdan. ibu ckp mcm org lepas brslin plak urut kt perut. :p

dgn terernye kn makcik tu meneka sgala pnyakit yg aq ad. nme pun tukang urut kot. mesti laa. lepas ni aq nk nengok laa ad x effect lepas kena urut tu. sbb dye urut utk mengurangkn skit wktu dtg bulan. tp mlgnye bln aq bru je lepas brlalu. trpksa laa tunggu bln yg strusnye. :D

jakun x? jakun x? hahaha

Wednesday, March 30, 2011

sixth sense.

ari ni nk berkongsi cerita gembira ya. :D aq ad 6th sense. bukan band tu tau, tp deria ke6. hahaha. gelabah je lebih. tp btul laa. aq boleh sense org yg kuat annoy aq dr jauh lg beb. serious. xtipu. xcaya tnye anep.

begini ceritanye. ada sorg mamat ni. sumpah annoying. klu nmpk aq online kn, sibuk laa dye nk tegor. klu stkt biasa2 je, xkesah laa kot. aq pun lyan je. biasanye mmg aq boring pun klu on9 ni. tp kn.. mamat ni kn. err.. mcm mne ek nk ckp, yg mmbuatkn dye annoying adlh apabila dye sibuk nk aturkn hidup aq, semua benda ni dye nk tau n mcm2 lg laa. xyah nk cerita detail pun. yang penting dye annoying.

benda yg nk di ceritakn hari ni adlh kejayaan aq utk mgesan dye lebih awl sblum dye nmpk aq n aq bleyh laa nk larikn diri drpd dye. bila dye ada di kwsn sekitar je kn, alert aq mmg mkin brtmbh2. mata meliar je. skali trnmpk kelibat sang lembaga dri jauh. dlm ati pdan laa. pda wktu itu mula laa aq menundukkn kepala, berpaling ke arah lain, mahupun berjln ke tmpt lain bagi mengelakkn bertembung dgn dye. klu dh brtembung nnti pnjg cerita.

bnyk kali dh berlaku perkara yg sedemikian. dsbbkn 'sixth sense' aq, aq berjaya melarikn diri. ad sekali tu je x smpt nk lari n dye dh nmpk aq dulu. malang hari itu. main monopoly pun klh. haha.

tah pa pe je aq cerita. well! blog aq kot. xnk bca dh. :p

Monday, February 21, 2011

bile boring melanda

dh 3 mggu lbeyh duk uma ni. dh trasa cukup bosan smpi dh xsba2 nk blik college. tp bila kt college xsaba2 nk blik uma. well manusia mmg mcm ni kot. tp kn.. klu dh blik uma n end up korg kena dduk sensorg kt uma smpi ptg bru ad manusia muncul utk tmnkn mne xbosannye. nk suro aq on9, smpi lptop ni rasa nk msuk workshop blik suro org repair blik dh aq rasa sbb dh lama sgt laa on9 ni.

dh tramat boring lepas xde benda nk buat dkt fb, aq pun berjln2 dkt youtube.com. kt youtube pun dh xde benda nk nengok sbb dh mcm semua episode annoying orange aq nengok, semua video nigahiga aq dh nengok n dh mcm2 video laa aq nengok smpi trjumpa sgala benda yg xspttnye laa. nme pun internet kn. :D. tp dkt youtube gak laa aq trjumpa lman web omg-facts.com ni. huh mcm2 laa dkt stu. sgala mcm facts yg akn wat ko ckp omg laa.

dr omg-fact.com aq pegi dye punye rngkaian lain. dkt taste of awesome ni, ad gmbr yg klaka2. nengok laa sendiri mlas nk upload gmbr kt sini. then aq perasan dyorg rmi yg post gmbr pasal clever bot ni tau. so aq decide nk try laa..

clever bot ni spttnye jd robot yg pndi yg chat dgn kite laa. tp bukan robot pun. ad laa program dye kn. aq chat dgn robot.. owh bile dh trlmpu boring sgt on9 kn, tu laa jdnye. n yg klakarnye adlh..





robot pun tau bengang beb.

Tuesday, January 25, 2011

saya berjanji akan menjaga nye dgn sebaik mungkin!

finally, after brsusah pyah memujuk mak aq utk belikn aq fon bru. maka aq dpt gak fon bru bg mnggntikn fon lama aq yg dh gila n bengong n sgala yg sma waktu dgnnye.

lepas sume org ckp aq ni makhluk perosak sbb sume brg yg aq sentuh sumenye telah rosak, aq pun jnji yg fon aq ni akn thn lama sblm ia rosak. sma ad masuk jmbn atau ap shj laa kerosakan yg akan mungkin bleyh berlaku ke atasnye.

nk reveal ni, gmbr fon bru aq. jeng jeng jeng.. mempersembahkn sony ericsson vivaz u5 yg baru.






owh owh. n satu lagi, fon saya yg wrna merah tu. cool kn? :D.. jgn mara ye klu lepas ni aku batak dgn fon bru tu. hahahah

Sunday, January 09, 2011

chocolate fair.

ok fine. dh lama nk ckp benda ni. dh lama kan aq xupdate blog?. ok aq paham. nk update laa ni. sebenarnya selama ni banyak gak kot cerita yang nak diceritakan. tapi jari ni haa, malas nak menaip. aq nak cerita yang aq dah start driving. and yang lebih advance dari driving adalah aq dah pun langgar sebuah kereta. cool hah? huhuhu.

tapi kan.. hari ni kan.. nk cakap kan.. pasal kan.. CHOCOLATE FAIR!!! hahahha. jangan laa cakap korang tak tau yang aq suka sangat dengan chocolate kan sampai sanggup melupakan proses diet aq sebab ada fair ni. lagipun ada penghasut besar yang seboleh-boleh nak aq lagi gemok dari dye. dah laa mak aq cakap aq dah sememangnya dah makin gemok sebab dah tak muat nak pakai baju kebaya an. dye lagi nak hasut aq pergi chocolate fair ni.

setelah memberitahu pada puan Habibah, dye pun taknak anak dye kurus dan memasukkan duit lebih kedalam bank akaun aku supaya dapat membeli chocolate yang banyak dan membawa pulang sedikit. dengan ini saya nak anda semua paham ye. untuk saya banyak dan untuk dibawa pulang adalah sedikit.

hah! di sini laa bermulanya cerita mengenai saya ketika berada di sana. hahahaha. well, disetiap booth yang ada dekat sana, semuanya ada sample. hee~ paham-paham laa kan. semua sample yang ada tu aq makan. :D (muka bangga). sampai kan, ada satu booth ni jual chocolate fondue. 2 kali aq datang sana nak test sample dye, orang tu boleh pulak ingat muka aq. alangkah malu nya. tapi apa boleh buat. hanya senyum dan ketawa.

nak dipendek kan cerita, saya telah membeli berbagai jenis chocolate dari 4 buah kedai. maka terguna laa rm40 yang saya berhajat nak simpan dan gunakan nya pada masa hadapan. tapi tak mengapa kerana saya rela. sekian terima kasih.