ceritanye begini, semester baru bakal bermula, ibu dan ayah terasa nak menghantar aku balik college sematamata nak singgah tempat aku makan durian kampungnya yang sedap. durian dari pokok lama kata mereka, aku pun ikutkan sahaja. tapi ibu dan ayah nak gerak dari sabtu dan balik ahad. pada mulanye plan nak tidor di tempat aku tapi plan tu berubah apabila kawan ibu ajak makan ikan bakar di umbai melaka.
sebelum pergi ke umbai, siangnye balik laa dulu ke kampung halaman kawan ibu tu puan Rosiah dan Haji Hosni di kampung Abbey, Melaka. kampung tu memang kampung betul laa. kat belakang rumah tu ada pokok manggis. tu yang kenyang2 makan manggis. dah tu dapat laa bawak balik manggis tu sikit.
pergi laman belakang rumah tu ada pulak reban ayam. ingat nak masuk main kejar2 dengan ayam2 tu. tapi memandangkan ayam2 nampak macam besar dan kami khuatir akan dipatuk, maka usha dari luar jelaa. dah tu berjalan lagi keluar, nampak lembu dengan kambing. oh excited budak2 bandar 2orang ni.
kitorang patah balik ingat nak jelajah kampung tu lagi jauh. maka kitorang pun pinjam laa basikal nenek dengan atok tu. amer dapat pinjam basikal antik. lawa lagi tu beb. pandai atok tu jaga. amer kata terasa macam ombak rindu pulak berbasikal keliling kampung ni.
dah tu malamnye kami pergi ke umbai. makan ikan bakar. udang dye, PERGH! BESAR BESAR BELAKA. lepas makan seafood, malamnye telan laa panadol soluble bagi mengelakkan selsema serta alergic yang melampau. tapi kesian ibu sebab berjangkit. tu laa, siapa suruh tidur sebelah. kan dah jangkit.
besar kan?
kenapa tomyam ini perlu artificial punye seafood, kurang laa pulak uhm ni. tapikan, apaapa pun, ikan bakar umbai ni memang sedap. tapi tak boleh makan selalu, nanti resdung melampau2 pulak. macam tulaa malam tahun baru aku. makan seafood di restoran terapung, umbai melaka. bersama keluarga. lebih bermakna rasanye daripada berdemonstrasi sampai kena tahan dengan polis. kenyang pun kenyang perut malam tu. bahagia pun bahagia. :)
No comments:
Post a Comment