Monday, January 16, 2012

cuti di penghabisan musim buah.

cuti hujung minggu ni adalah cuti hujung minggu yang paling best dan memenatkan. cuti je namanye tapi penat. mana taknye pergi mandi sungai laa, masuk kebun, petik pulasan, dan macam2 lagi laa aktiviti. ni pun nasib laa ada ain yang family dia tinggal kat batang kali and mempunyai kebun yang menanam segala jenis buah buahan. ada durian, manggis, dukung, pulasan, pisang, rambutan, rambai. tu je kot yang aku perasan. tapi kali ni kitorang makan buah buahan yang tengah musim nya iaitu, durian, dukung, manggis dan pulasan je. 

kitorang sampai rumah ain petang jumaat, bapak dengan mak dia laa datang amik kitorang kat stesen ktm rawang. malamnye adik ain,  aizat tanya aku waktu tengah tengok tv sama ada nak pergi kebun diorang tak makan durian dan segala buah buahan. aku pun... hehehe ofcourse laa nak. kat bandar mana laa nak ada kebun ni segala bagai. so peluang ni takdelaa aku nak tolak. aku pun cakap ' anytime '. tu yang mak bapak ain bawak kitorang pergi kebun dia tu malam tu jugak. kitorang pergi naik lori pick up. kat bawah tu haa buktinya. kitorang bergambar atas lori tu sebelum pergi.


waktu naik lori tu, mulamula terasa macam sakai laa, apa laa. tapi dalam masa yang sama rasa seronok. pengalaman tu. bukan selalu orang nak bawak naik lori duduk belakang. dengan udara segar semua tu. masuk kebun kan jalan tanah merah. tu yang bumpy sikit waktu naik lori tu. kitorang yang kat belakang ni dah terasa macam nak pergi lombok guna jalan tikus. tak boleh blah tapi sumpah rasa seronok.


aku rasa, malam tu kot 1st time aku makan dukung. tu muka jakun aku. walaupun sebernanya aku lebih suka nak makan durian dan manggis waktu tu.





 ain dengan ekin sibuk nak berposing dengan buah pulasan yang bentuk macam love. bentuk pelik kot. mesti laa nak amik gambar kan. baliknya tu semua bersin2. selsema. nak kata sebab berembun, kitorang selalu je berembun tapi tak selsema. banyak sangat makan buah laa kot.

esok paginye kitorang bangun kul 9, sebab nak pergi mandi sungai. ayah ain hantar kitorang dekat sungai kedondong. adalah dekat jalan yang menuju naik ke genting tu. pergh air dia sumpah sejuk. menggigil mak nak mandi kat situ. tu pun kitorang tahan  gak laa mandi sampai pukul 1 lebih walaupun 2 kali pindah tempat  atas sebab sebab tertentu.

ain agak open ye kerana salin seluar atas batu. dah takde tempat nak pergi tanpa membasahkan seluar dia. tu yang sampai salin seluar atas batu tu.













kitorang pergi naik grand livina. tapi balik naik lori pick up tu lagi. yelaa, takkan nak naik grand livina basah2 plak kan. tak berbaloi. orang lain semua tengok pelik. mat2 rempit yang tengok tu sampai teleng2 kepala diorang. nasib baik tak masuk semak.


siap sempat nak buat aksi hindustan pulak qat dengan ain kan. aku dengan ekin sekadar jadi model rambut je.





petangnye lepas tidor, makan, kitorang pun pergi lagi kebun tu. sebab family ain ada berkumpul kat pondok kat kebun tu. sama2 nak merasa hasil kebun tu.


banyakkan pulasan dia. sampai melendut dahan pokok tu. diorang siap main perang2 guna buah pulasan lagi tu. pulasan2 yang dah di petik tu kena petik lagi sekali sebab kitorang taknak tangkai yang ada daun. nak buah je dengan sikit jelaa tangkainya. terpaksa laa ain dan ekin mencangkung petik pulasan yang dah dipetik tu.




 yang kak ila dengan qat kutip tangkai pulasan yang bapak ain dah petik dah tu bawak ke ekin dan ain. aku? buat apa? menyibuk je. :)



petang sikit dalam pukul 5 lebih kot waktu tu, paklong ain hantar durian. adalah dalam 10 biji. apa lagi. bermula laa pesta durian.

semua pakcik makcik ain duduk bersila keliling durian tu, tunggu durian di kopek. waktu ni, banyak betul durian aku makan. yang lain makan seulas 2 ulas 3 ulas. aku berulas ulas. mula2 segan nak duduk join makan sekali, sekali dah join tak reti berhenti. duduk pulak tu sebelah cik ndin, tukang kopek durian. apa lagi, nampak durian macam lawa dengan sedap sikit, aku laa amik dulu. yang tak boleh blahnye, semua dah berhenti aku makan lagi. dengan comot2 nye. buat malu je. tapi apa aku kesah. tapi bila aku nak berhenti, diorang pulak suruh aku habiskan durian yang dah kopek tu.

petang tu buncit betul aku, terlebih durian. malam tu nak makan banyak pun dah tak larat. terpaksa keluarkan sikit dulu baru boleh masuk makanan tu. ahad pun tiba. cuti hujung minggu pun dah habis. terpaksa laa kitorang balik ke college sweet college kitorang ni. tu pun sebelum balik tu, mak ain nak suro pergi kebun lagi, amik lagi pulasan. tapi bila kitorang semua kemalasan. takde siapa laa pergi. cukup laa tu buah yang kitorang dah makan and bawak. hari ni je, dah berapa kali aku pergi tandas. effect terlebih makan buah ni aku rasa tahan seminggu kot.

hujung minggu ni, adalah hujung minggu yang dihabiskan dengan kawan kawan yang paling best setakat ni. takde siapa naik gila mati kutu sebab bosan duduk rumah. :)

 sayang korang semua weyh!

No comments: