ok fine. dh lama nk ckp benda ni. dh lama kan aq xupdate blog?. ok aq paham. nk update laa ni. sebenarnya selama ni banyak gak kot cerita yang nak diceritakan. tapi jari ni haa, malas nak menaip. aq nak cerita yang aq dah start driving. and yang lebih advance dari driving adalah aq dah pun langgar sebuah kereta. cool hah? huhuhu.
tapi kan.. hari ni kan.. nk cakap kan.. pasal kan.. CHOCOLATE FAIR!!! hahahha. jangan laa cakap korang tak tau yang aq suka sangat dengan chocolate kan sampai sanggup melupakan proses diet aq sebab ada fair ni. lagipun ada penghasut besar yang seboleh-boleh nak aq lagi gemok dari dye. dah laa mak aq cakap aq dah sememangnya dah makin gemok sebab dah tak muat nak pakai baju kebaya an. dye lagi nak hasut aq pergi chocolate fair ni.
setelah memberitahu pada puan Habibah, dye pun taknak anak dye kurus dan memasukkan duit lebih kedalam bank akaun aku supaya dapat membeli chocolate yang banyak dan membawa pulang sedikit. dengan ini saya nak anda semua paham ye. untuk saya banyak dan untuk dibawa pulang adalah sedikit.
hah! di sini laa bermulanya cerita mengenai saya ketika berada di sana. hahahaha. well, disetiap booth yang ada dekat sana, semuanya ada sample. hee~ paham-paham laa kan. semua sample yang ada tu aq makan. :D (muka bangga). sampai kan, ada satu booth ni jual chocolate fondue. 2 kali aq datang sana nak test sample dye, orang tu boleh pulak ingat muka aq. alangkah malu nya. tapi apa boleh buat. hanya senyum dan ketawa.
nak dipendek kan cerita, saya telah membeli berbagai jenis chocolate dari 4 buah kedai. maka terguna laa rm40 yang saya berhajat nak simpan dan gunakan nya pada masa hadapan. tapi tak mengapa kerana saya rela. sekian terima kasih.