Thursday, December 15, 2011

kipas-susah-mati.

kipas susah mati atau dalam bahasa jawanye die hard fan. itulah aku. aku ni kipas susah mati ramlee awang murshid. novelis thriller no1 malaysia. gaya penulisan dye memang best. cinta bukanlaa topik utama dalam novelnye walaupun ada gak laa sikit2 diterapkan dalamnye. watak dia realistik, mamat kerja kedai shushi pun boleh jadi hero tau. dan heroin dye tauke kedai tu dan juga anak yakuza terkenal. haha sape tau cerita apa ni?

sekarang ni aku tengah menggila nak cari novel baru dye. fiksyen 302. dah dipasarkan tapi tak ada lagi di kedai buku yang aku pergi. lambat betul laa. ahli2 kelabram yang lain ada yang dah baca. ni yang jeles ni. dyorang kata boleh beli secara online di website kelab, tapi duit dalam bank tak ada pulak, macam mana nak order meyh. lagipun kalau beli secara online dapat yang ada tandatangan penulis kesayangan kitorang tu.

tolong laa aku dapatkan novel itu. sumpah aku nak sangat2. nak menghabiskan masa cuti sem aku ni walaupun satu malam je pun aku boleh habis kan baca buku tu.

Tuesday, December 13, 2011

tortura.

sebelum tidor, aku harus laa update blog ni pasal pameran dekat muzium seremban yang aku baru je pergi petang tadi dengan hanif. pameran tu mengisahkan tentang peralatan menyeksa dari zaman dulu kala. majoriti barang seksaan tu dari zaman pertengahan eropah.

dengan kepenatan aku baru sampai dari JB, aku terus ke Muzium Negeri Sembilan dekat Seremban. dekat je dengan terminal 1 tu. Pameran tu dibuka dari pukul 10 pagi sampai 6petang. akan berada dekat muzium tu sampai 17 feb 2012. ada bayaran dikenakan. tapi takdelaa mahal sangat. setakat rm6 untuk orang dewasa and rm3 untuk kanakkanak tak luak mana kan.

masuk2 pameran tu dah nampak orang pakai jubah hitam tutup muka macam grim ripper. memang grim ripper pun benda tu sebab dye berdiri dekat tempat hukuman pancung tu. dah laa lighting dye buat kelam je. bertambah misterinye. dah tu background music dye pun macam saje je nak bagi bulu roma naik. dah aku kat dalam tu jalan dengan berhatihati takut patungpatung kat situ tetiba bergerak then seksa aku.

majoriti barang kat situ barang yang betul2 pernah digunakan untuk seksaan kot waktu dulu. boleh nampak kot karat dye, kesan darah dye. memang aku tak sentuh laa benda2 tu walaupun biasanye aku akan denga selamba and nakalnye pegang and mainmain dengan benda tu. tapi disebabkan ketakutan dan keseraman benda2 tu aku tak berani nak sentuh pun.

gambar tak dapat nak disertakan sebab fon aku memang baik hati untuk mematikan diri dan menghabiskan baterinye plak pada hari ni. padahal semalam dah charge. dah satu kerja, kesian hanif sampai hilang sim card sebab tuka fon dengan aku. tapi bukan salah aku. ok.

so kesimpulannye, lepas ni kalau ada apaapa aktiviti dekat muzium datang laa dan berikan sokongan. best gak pe pergi muzium, sampai cramp kaki hanif terlanggar tangga dekat muzium tu. :D

Wednesday, December 07, 2011

rindu



aku rindu budak atas ni. walaupun dah setahun kau pergi. aku pun dah gantikan kau dengan 2 ekor budak kat bawah tu serta anak2 mereka. aku still rindu betty aku. binatang peliharaan pertama yang aku bela.

betty ni dulu bukan je hamster aku. dah macam anak aku. drug aku. complecated tu. terlalu attach dengan dye. bila teringat kat dye macam hari ni, mula laa rasa emo je. hingus nak meleleh. putus cinta pun aku tak macam ni kot. waktu putus dengan ex aku dulu tipu laa cakap tak nangis. tapi bile teringatkan dye sekarang ni. takde perasaan dah nak nangis. tapi bile teringat kan betty seekor ni, masih menitik lagi air mata aku.

kiki, tora and anak2. sorry tak manjakan korang macam aku manjakan betty sebab aku taknak terlalu attach dengan korang. then bila korang mati aku menangis macam apa lagi. taknak nangis sebab hamster lagi. what a silly me.

Tuesday, December 06, 2011

ombak rindu.

semua orang tengah cakap pasal movie tu. sebelum keluar sampai 4 hari lepas keluar. sekarang katanye dah kutip RM4juta. kire berjaya gak laa movie tu. aku tetiba nak cakap pasal ombak rindu ni sebab aku baru balikk tengok cerita tu.

macam mana aku boleh berminat plak nak tengok cerita melayu ni sebab aku dah baca novel dye few years back kot. sampai tak ingat bila aku baca. siap baca sambungan dye. korang tau tak ada sambungan dye? aku tak ingat tajuk dye. yang aku baca and I kinda like the story. susah kot aku nak minat novel cinta ni. nak baca pun agak susah. the only novel yang aku baca adalah novel karangan Ramlee Awang Murshid, sebab dye bergenre thriller. tapi Ombak rindu ni exception. cerita dye memang best. tak dinafikan.

tapikan.. bile diadaptasikan jadi filem, aku boleh bagi 4bintang je. cerita dye memang nice. superb. tapi perjalanan cerita dye agak slow. benda tu yang buat aku rasa boring dalam wayang tu. pelakon dye memang pandai berlakon. peluk2 berkemban, menangis, memang takde hallaa bagi dyorang. dah biasa. kena professional katanye.

kalau laa aku jadi bini Aaron Aziz, aku jeles kot tengok dye peluk perempuan lain. takbolehtakboleh. AKUSAHAJA okay yang boleh peluk laki aku. aku takkan redha or pasrah macam izah. kesimpulannye, cari suami yang takberapa hensem supaya aku takdelah ramai sangat saingan. eh buat apa aku nak cari suami, biar dye yang cari aku.

akhir kata aku suka ayat mila dalam movie tadi, redha itu ikhlas, pasrah itu mengalah. Aku bukannye ingat sangat ayatnye. tapi lebih kurang macam tulaa bunyinye.

Thursday, December 01, 2011

adventure to JB

ceyh nak balik JB je kot. apa laa yang adventure nye sangat. setakat pergi seremban, beli tiket bas, naik bas, sampai JB. turun and ada orang amik balik rumah. kalau hari biasanye memang macam tu laa yang terjadi. tapi kali ni lain sikit walaupun sama je.

yang lain nye ada lah keadaan aku. hari khamis hari yang aku nak balik tu, boleh plak aku diserang oleh demam and cirit birit. hari2 sebelumnye taknak plak kena sakit apa2. sihat walafiat. hari yang nak balik JB tu plak belyh kena.

malam rabu tu elok jelaa aku dengan ain pergi pasar, balik makan. kemas barang skit then pergi rumah ain tolong dye buat assignment sikit. tapi lepas makan tu dah start dah sakit perutnye. ingat sikit jelaa, setakat masuk angin je kan. so aku pun sapu jelaa minyak panas. tapi malam makin lewat, suhu pun menurun, mulalaa badan ni rasa tak sedap. tapi aku ni agak pandai. dah tau sakit2 macam tu. berjaga sampai pukul 6 pagi berborak dengan mereka. lepas tu pagi2 yang sejuk tu jugak aku balik.

bangun2 badan sumpah lembik. bisa2 bagai. masuk tandas berkali2. ikut badan memang aku balik jumaat laa. tapi ikut hati yang sumpah rindu kan taman halaman aku kuatkan gak badan ni. mula2 dafi aku mintak tolong dafi hantar sampai seremban tapi dye tak dapat hantar sebab nak pergi tempat lain, so dye just hantar sampai bus stop depan tu je laa.

plan awalnye memang laa nak amik bas pergi seremban, tak sampai berapa minit tunggu ada teksi offer hantar sampai seremban and dye mintak rm5 je. mula2 macam tak percaya laa aku sebab biasanye teksi sampai seremban cost dalam rm20 kot. tapi kali ni dye just mintak 1/4 dari harga dye. duit pun waktu tu cukup2 je.

owh kesenangan dalam kesusahan. nak tunggu bas entah ada entah takde. nasib baik laa ada abang teksi yang baik hati tu menyenangkan kerja aku hari tu. dah sampai seremban, naik bas then pengsan sepanjang perjalanan sampai larkin adik amik. dah sampai rumah berjaga kejap then terus tido. betapa lembiknye badan aku hari tu. nasib baik laa takada apaapa yang terjadi kat aku hari tu.

lepas ni tak kira betapa sakit mana pun aku. selagi kaki boleh diri tegak, selagi tu aku akan balik.

Wednesday, November 30, 2011

welcome back Aaina

aku pernah cakap dekat seseorang ni untuk mula tulis blog balik lepas aku siapkan assignment mathematics 2 aku. dah lama pun siap benda tu cuma tangguh punya tangguh, hari ni baru terasa nak menaip perkataan ke dalam blog post ni. lama gak lah kan aku dah tak update blog ni. so I guest I'm gonna update a lil bit about my life now.

sekarang dah nak habis pun semester pertama untuk tahun pertama degree aku. kelas dah habis, assignment dah hantar, presentation dah buat. so esok aku akan bergerak balik ke bumi JB tercinta untuk study week aku. harap-harap study laa kan kat rumah tu.

last weekends, aku ikut kak ila balik melaka untuk pergi kak farah punye wedding. rumah kak ila memang best sebab dekat kampung. kecoh nak mati sebab kenduri kahwin orang melaka. siapa je tak tahu yang orang melaka ni memang kepoh kan. sampai pening kepala kitorang kat situ.

sampai-sampai je kat rumah tu makan then terus kena buat keja, takde hal laa. nama pun kenduri kahwin so banyak laa keja yang nak dibuatnyekan. yang tak boleh nak blah ye malam tu kecoh sebab ada seekor burung murai batu masuk dalam rumah tu tak mahu keluar-keluar. penat semua orang halau tak jumpa gak jalan keluar. last last esoknye aku gak yang berjaya sergah burung tu sampai keluar. terror tak aku? hahaha.

yang lagi bestnye malam tu aku dengan faris sembunyi sembunyi makan durian. last last kantoi sebab diorang datang dekat tempat yang kitorang tengah makan tu. yelaa, durian tu sebiji je kot, mana nak share reramai. memang tak puas laa makan kan. dah tu esoknya dapat lak makan rambutan. manis sangat doe. tu yang best duk kampung tu.

tapikan, aku tak rasa aku akan petah laa nak duduk kampung lama lama. kalau setakat seminggu boleh, tapi sampai sebulan memang mati kutu aku dibuatnye kat kampung tu. jiwa aku tetap gak nak duduk dekat taman. tak mau cakap bandar nanti orang cakap perasan sangat. hahaha.

bawah ni adalah koleksi gambar gambar kitorang yang aku tangkap.



pengantinnye. kak farah. lawa kan?
tapi kalau aku, aku tak mahu laa make up setebaltebal alam macam mana yan mak anda ni make up kan kak farah. so not my style man.
petanda untuk masuk ke rumah pengantin yang kitorang nak gantung. kat bawah tu actually ada arrow yang tunjuk kat arah aku. tapi photographernye tak berapa nak pandai nak amik gambar sampai nampak arrow tu. kereta sempit kot. owh budak tu namanye amin, adik angkat kak farah.



yang ni suasana kitorang dalam bas nak balik melaka.



mamat ni, faris, adik kak ila. orang yang selalu bawak aku rempit keliling kampung. padahal pergi kedai dekat pekan tu je pun, still gak aku nak ikut. bukan selalu pun aku dapat naik motor, jalan jalan kampung. so gunakan laa peluang itu dengan seadanye.




Thursday, August 18, 2011

s

the reason i'm here actually is i'm not suppose to be here. i'm suppose to be doing my assignment. but fuck that. i'll come back to that later. by far, this is THE hardest assignment I've ever get in my 18 years 11 month and few days of my life. i'm not 19 yet ok people. not until 2.10 pm of 14september. be sure to remember that date cause i'll demand my present from everyone of you. nothing much to say actually, just wasting my time and yours here.

p/s; you just wasted 30 second of your precious time reading this crap that i wrote. problem?? :D